Monday, September 08, 2008

kalau kau lebih tahu...








ingat tak ingat, dah nak masuk setahun kita 'bertemu' lagi. sedar tak sedar dah hampir sepuluh tahun kita kenal (kalau anak, dah sekolah darjah 4). emm, masa berlalu tak pernah nak tunggu-tunggu kita yang selalu lambat ni...

"jadi?"

entah (angkat bahu). aku cuma bimbang, dalam setahun ni belum cukup usaha aku untuk menampal luka-luka yang aku tinggalkan pada kau sepuluh tahun dulu. atau mungkin setahun ni aku menambah lagi luka yang sedia ada. kalau aku tanyakan pada kau, kau mesti akan jawab;

- aku tak pernah melukakan kau, atau

- kau tak pernah menganggap aku bersalah

aku sedar hari-hari selepas aku 'temui' kau, aku lebih banyak senyum dari hari-hari yang sebelumnya. aku yakin, aku rasa lebih gembira dari waktu-waktu yang sebelumnya. cuma aku tak pasti, adakah kau juga rasa begitu?

aku syukur dengan apa yang kita ada sekarang, dan aku cuba pertahankan dengan segala yang aku ada.

"...bila keyakinan ku datang, kasih bukan sekadar cinta, pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan. maafkan bila ku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah, ayat-ayat cinta bercerita..." - Ayat-ayat Cinta - Rossa dipetik dari OST Ayat-ayat Cinta

Saturday, March 01, 2008

menunggu

aku menunggu, menunggu dan menunggu. tidak tahu untuk apa. cuma menunggu. tanpa janji tetapi tetap menunggu.

semua orang cuma anggap aku gila atau membuang masa. tetapi aku masih waras dan berpada-pada.

dan aku berbisik pada hati sendiri, "mungkin esok kau datang lagi..."

Tuesday, January 15, 2008

aku curiga

aku tak boleh mengharapkan dia selalu ada. cuma bila dia ada, aku akan lebih selesa. kerana kadang-kadang aku rasa sangat yakin, kadang-kadang aku rasa sangat ragu. semalam aku tersenyum dan hari ini aku cemburu. ada orang lain yang juga mengharapkan dia. dulu aku tak pernah berkira. sekarang aku curiga.

kemudian aku mahu dia segera ada. kerana bila dia ada, aku selesa. dia selalu buat aku percaya. walaupun dia tak pernah kata. kadang-kadang aku terharu, kadang-kadang aku menangis. kelmarin dia buat aku bermimpi, esok lusa? sekarang aku curiga.

cukuplah kalau aku sedakar nampak dia ada. kerana aku akan selesa. kalau dulu aku pergi, bolehkah sekarang aku kembali? dia tak akan menggeleng, walaupun dia juga tak akan mengangguk. dia tak akan mengaku dan aku tak akan memaksa. tapi sekarang aku curiga.

mohon dia ada. aku mahu sedikit selesa.